Cara Kami Melindungi Data Pesakit
Versi 1.0 · Kemas kini terakhir: 27 September 2026
Siapakah Valiance Health?
Valiance Health merupakan satu startup teknologi kesihatan Malaysia. Kami membina infrastruktur data untuk penjagaan kesihatan berasaskan nilai penjagaan, di mana penjagaan dinilai berdasarkan sejauh mana tahap pesakit sembuh dan bukan hanya berdasarkan jumlah atau tempat rawatan diterima.
Kami menyatukan rekod klinikal, operasi dan kewangan setiap hospital supaya hasil rawatan dapat diukur dan dibandingkan secara adil. Tinjauan seperti tinjauan yang anda dapat membantu pihak hospital menilai keberkesanan rawatan.
Khazanah Nasional menyokong kami melalui pelaburannya menerusi Gobi Partners. Pelabur kami yang lain termasuk Jati Growth dan Artem Ventures. Baca lanjut tentang kami.
Mengapa Anda Menerima Mesej Ini
Hospital atau klinik anda menggunakan Valiance Health untuk menilai kadar pemulihan anda selepas prosedur. Tinjauan ringkas ini dipanggil Patient-Reported Outcome Measures (PROM). Jawapan anda akan membantu pihak penjaga menilai sejauh mana keberkesanan penjagaan yang anda terima.
Mengapa ini penting. Hospital hanya boleh menambah baik perkara yang diukur. Kebanyakan hospital telahpun mengira apa yang dilakukan, seperti ujian, pembedahan dan hari di wad. Namun, hospital juga perlu mengukur perkara yang paling penting kepada anda, iaitu keselesaan dan kehidupan anda selepas rawatan. Menilai penjagaan berdasarkan hasil ini dipanggil Value-Based Health Care (VBHC). Apabila hospital memantau hasil rawatan pesakit dari semasa ke semasa, hospital dapat mengenal pasti rawatan yang paling berkesan, mengesan masalah lebih awal dan menambah baik penjagaan untuk semua pesakit, termasuk anda, pada masa hadapan. Jawapan anda secara langsung dapat membantu pihak hospital menambah baik mutu perkhidmatan mereka.
- Hospital anda bertanggungjawab ke atas data anda. Hospital menentukan siapa yang menerima tinjauan dan meminta persetujuan anda terlebih dahulu. Kami hanya memproses data bagi pihak hospital, di bawah perjanjian bertulis.
- Mesej dihantar daripada nombor WhatsApp hospital anda sendiri, bukan daripada kami.
- Tinjauan ini adalah berkaitan dengan penjagaan yang diterima anda sendiri. Menerusi mesej jemputan, nama dan tarikh prosedur yang diterima anda akan terpapar, supaya anda boleh mengesahkan bahawa ia tulen.
Apa yang Kami Terima Tentang Anda
Hospital anda memberikan hanya apa yang diperlukan oleh tinjauan:
- nombor kes hospital anda
- nombor telefon bimbit anda, dan alamat e-mel anda jika hospital memilikinya
- bahasa pilihan anda (Inggeris atau Melayu)
- nama dan tarikh prosedur anda
Kami kemudian menyimpan jawapan tinjauan anda, skor yang dikira daripadanya, dan sama ada setiap mesej telah dihantar dan dibaca.
Kami tidak meminta nama, nombor kad pengenalan atau alamat rumah anda.
Apa yang Kami Tidak Sekali-kali Lakukan
- Kami tidak sekali-kali menjual data anda.
- Kami tidak sekali-kali menggunakannya untuk pengiklanan, atau untuk pemasaran kami sendiri.
- Kami tidak sekali-kali menghantar mesej yang bukan sebahagian daripada tinjauan hospital anda.
- Jika anda menghantar mesej yang bukan jawapan tinjauan, kami tidak menyimpannya, dan tiada balasan automatik.
Tempat Data Anda Disimpan
- Jawapan dan butiran perhubungan anda disimpan di pusat data Amazon Web Services di Malaysia (ap-southeast-5).
- Mesej WhatsApp diselia oleh Meta, yang menyimpan kandungan mesej di pusat data di Singapura. Semasa mesej dihantar, Meta mungkin mengendalikannya di negara lain sehingga 60 minit. Meta menyimpan kandungan mesej selama paling lama 30 hari.
Cara Kami Melindunginya
- Enkripsi: data anda telah melalui enkripsi semasa dipindahkan (TLS) dan semasa disimpan (AES-256).
- Kawalan akses: hanya kakitangan yang diberi kuasa di hospital anda boleh melihat jawapan anda. Kakitangan kami sendiri mendapat akses hanya apabila perlu untuk menjalankan perkhidmatan, dan setiap log masuk menggunakan pengesahan berbilang faktor.
- Pautan tinjauan peribadi: pautan borang web mengandungi kod rawak yang panjang. Ia tidak memerlukan log masuk dan tidak memaparkan butiran peribadi. Ia tidak lagi berfungsi 7 hari selepas jemputan, atau apabila anda selesai.
- Pemarkahan standard: skor dikira menggunakan formula yang diterbitkan bagi setiap tinjauan, bukan tekaan.
- Penghapusan: kami menghapuskan data tinjauan apabila hospital anda mengarahkan kami, atau apabila perjanjian kami dengan hospital tamat, kecuali undang-undang menghendaki kami menyimpannya.
Standard Keselamatan dan Privasi Kami
- PDPA 2010 (Malaysia): kami memproses data anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia. Setiap pemindahan ke luar Malaysia mempunyai Penilaian Impak Pemindahan bertulis di bawah Seksyen 129.
- HIPAA: langkah perlindungan kami diselaraskan dengan Peraturan Keselamatan HIPAA Amerika Syarikat, antara piawai yang terbaik untuk penjagaan data kesihatan.
- SOC 2 Type II: audit bebas SOC 2 Type II sedang dijalankan. Kami akan mengemas kini halaman ini apabila laporan dikeluarkan.
Butiran lanjut terdapat di halaman Keselamatan, Pusat Kepercayaan kami dan Notis Privasi penuh kami.
Pilihan Anda
- Berhenti pada bila-bila masa: balas BERHENTI (atau STOP) dalam WhatsApp, atau tekan Hentikan soalan ini pada borang web. Anda tidak akan menerima tinjauan lagi daripada hospital itu. Penjagaan anda tidak berubah.
- Lihat, betulkan atau hapuskan data anda: tanya hospital anda terlebih dahulu. Jika anda menghubungi kami, kami menyampaikan permintaan anda kepada hospital dan bertindak mengikut arahannya.
Hubungi Kami
- Pegawai Perlindungan Data: admin@valiancehealth.ai
- Pertanyaan umum: support@valiancehealth.com